Wednesday 7 October 2015

Filled Under:

Tidak Puas Hati Ditegur, Lelaki Ini Ajak Memboikot Magnum Cafe



    Pastinya jika anda ke Magnum Cafe, anda pasti mengidam untuk makan variasi aiskrim yang banyak dan sedap dan itulah yang dilakukan oleh satu keluarga sebelum memutuskan ianya untuk kali terakhir.

    Mengapa?

    Kerana anaknya menangis dan merengek dengan kuat sehingga ia yang mengganggu suasana. Bapa kepada kanak-kanak terbabit seterusnya memuatnaik status "kecewa" dengan layanan kafe terbabit.


    Menurut status yang dimuatnaik, lelaki ini mendakwa didatangi oleh staf yang bernama "May" yang meminta untuk menghentikan tangisan anaknya.

    "Sebagai seorang pelanggan, saya juga cuba untuk menenteramkan anak saya. Sepanjang saya mengunjungi ke mana-mana tempat makan mahupun di hotel bertaraf 6 bintang, kami tidak penah diperlakukan sebegini," dipetik dari status tersebut.


    Amukan status lelaki ini akhinya diakhiri dengan ajakan untuk memboikot premis terbabit.

    Magnum Official membri respon kepada status terbabit dengan mengatakan kes ini telah diangkat kepada pihak atasan bagi sisasatan selanjutnya.


    Ada yang menyokong tindakan lelaki ini namun tak kurang juga yang mengkritik tindakan lelaki ini yang sepatutnya tidak memuatnaik gambar pekerja dan seharusnya melaporkan kepada saluran yang betul.

    Tonton Ini: Nenek "Belasah" Pasukan Futsal Lelaki Dengan Skill Luar Biasa




    0 comments:

    Post a Comment