Sunday 18 October 2015

Wanita Kena Kambus Dengan Pasir Akibat Menghalang Kerja Turap Jalan

PERGADUHAN sesama jiran di , China tentang sebatang jalan yang hendak diturap akhirnya membawa kepada tragedi yang tak disangka iaitu seorang wanita dikubur hidup-hidup dengan selori pasir!

Menurut laman berita NetEase, insiden berlaku apabila sebuah trak yang penuh berisi pasir muncul di sebatang jalan untuk kerja menurap.

Seorang wanita dikenali sebagai Sun Qiuying bagaimanapun, menghalang kerja tersebut dengan duduk di tengah-tengah jalan. Aksi itu membuat Sun dan pemandu lori dikenali sebagai Zhao Xijue, bertengkar hebat.

Bengang apabila Sun tetap berdegil, Zhao naik kembali ke atas trak sebelum menumpahkan pasir dalam trak yang dibawanya ke atas Sun.


Sebaik mengetahui apa berlaku, keluarga Sun bergegas datang menyelamatkannya. Dia dikatakan pengsan ketika dikejarkan ke hospital.
Rata-rata penduduk berkata, mereka percaya Zhao adalah ‘tali barut’ pemerintah tempatan yang mahu memaksa Sun membenarkan jalan tersebut diturap meskipun mendapat bantahan ramai.

Zhao bagaimanapun sudah pun ditahan dan dipenjara 10 hari selain dikehendaki membayar denda.



Saturday 17 October 2015

Laaa... Kereta Company Je Rupanya...Kes Lelaki Belasah Bangla Car Wash

Lelaki Belasah Bangla Car Wash Rupanya Bawak Kereta Company? : Huh...terkejut bila dapat tau yang seorang Bangla carwash dibelasah seorang lelaki melayu gara-gara duduk didalam kereta mahal, Range Rover "milik"nya ketika dia mahu mencuci cermin.

Bangla malang tersebut yang mengalami pendarahan dan patah tulang hidung terpaksa dibawa ke Hospital Sg Buluh oleh pemilik Car Wash untuk rawatan lanjut.


Namun lebih mengejutkan kami apabila pemilik Car Wash itu mengesahkan yang kereta Range Rover tersebut milik sebuah syarikat.


# Hurmm....report polis dah buat, kita tunggu je la apa hasilnya nanti. Kalau kena tangkap, admin pasti memang viral habis la lelaki tu nanti...

Rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan...


Beribu Pasang Selipar Dengan Kalimah Allah Di Bahagian Tapaknya

JAKARTA – Sebuah syarikat Indonesia, PT Pradipta Perkasa Makmur (PPM) mendakwa pihaknya secara tidak sengaja menghasilkan ratusan ribu selipar jenama Glacio siri G-2079, dengan ‘kalimah Allah’ di bahagian tapaknya.

Anak pemilik syarikat tempatan itu, Long Hwa, berkata pihaknya menghasilkan selipar itu sejak setahun lalu, bahkan berjaya memasarkan produk itu ke seluruh Indonesia, termasuk wilayah padat penduduk, Jawa Timur.

Menurut Hwa, sejak menghasilkan selipar berharga 10,000 rupiah (kira-kira RM3) sepasang itu, syarikatnya tidak pernah langsung menerima sebarang aduan daripada para pelanggan khasnya yang beragama Islam selama ini.

Namun bulan ini, dia diberitahu bahagian tapak kaki selipar itu bermasalah dan sebaik sahaja dimaklumkan ada kalimah Allah di bahagian tapaknya yang mungkin ‘menyusahkan’ umat Islam, maka PT PPM memohon maaf.


Kata Hwa, selipar tersebut sebenarnya dihasilkan dengan menggunakan acuan cetak yang dipesan PT PPM khas dari China serta meliputi pelbagai saiz dan warna itu sudah lama berada di pasaran seluruh Indonesia.

Sebelumnya kami tidak tahu. Ini bukan dilakukan sengaja. Justeru, melalui PWNU (Pengurus Wilayah Nahdhatul Ulama) Jawa Timur, saya selaku anak pemilik perusahaan, meminta maaf khususnya dari umat Islam,” kata Hwa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita tempatan semasa proses memusnahkan sejumlah 10,000 pasang selipar jenis tersebut di pejabat PWNU Jawa Timur, Jalan Masjid Al Akbar Surabaya pada 13 Oktober lalu.

Selipar santai berkenaan jelas Hwa, dilaporkan amat laris dalam kalangan masyarakat dan mudah didapati di pasaran Jawa Timur, kerana kilang perusahaan PT PPM kebetulan di Jalan Wringin Anom, Gresik dekat sini.


Untuk itu, melalui PWNU Jawa Timur ini, kami selaku pemilik perusahaan meminta maaf kepada saudara-saudara umat Islam, atas ketidaktahuan kami ini,” ujarnya lagi yang dipetik stesen Channel NewsAsia Singapura.

Ekoran sudah terlanjur dijual di pasaran, Hwa memberitahu para pelanggan yang membeli selipar dengan kalimah Allah itu supaya segera mengembalikannya ke syarikat itu atau ke kedai di mana mereka membelinya.

Selipar yang dikembalikan itu akan segera dimusnahkan. Kami malah akan menggantikannya dengan yang baharu atau mengembalikan wangnya balik kepada pelanggan jika tiada stok bersesuaian,” jelas Hwa.

PWNU Jawa Timur juga menerima surat permohonan maaf PT PPM pada 12 Oktober lalu dan meminta pemilik syarikat itu agar datang ke Surabaya untuk membakar selipar berkenaan di hadapan warga Surabaya sendiri.

Proses pemusnahan 10,000 pasang selipar itu telah diadakan pada Selasa lalu bertempat di halaman depan pejabat PWNU Jawa Timur yang turut disaksikan pihak polis wilayah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sebagai Muslim yang baik dan taat kepada ajaran Islam serta junjung tinggi martabat kemanusiaan, PWNU menerima ketulusan permohonan maaf ini,” kata Kiai Mutawakil kepada media.


Wednesday 14 October 2015

Inilah Pendekar Melayu Yang Berjaya Mengalahkan Bruce Lee


DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN.
TARIKH LAHIR : 17/8/1915 di Kampung Lake Garden,Taiping,Perak.

GURU : Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas (Hulubalang negeri Pahang)

SENI BELA DIRI : Silat Gayung(silat yang diamalkan oleh Dato’ Bahaman,Tok Gajah dan Mat Kilau

ANUGERAH : .Hulubalang negeri Perak (sehingga 1938) .Penghulu Besar Pulau Sadong,Indonesia (sehingga 1947) .Pegawai Polis berpangkat Sarjan di Ibu pejabat Polis Singapura .Dianugerahkan Pingat King George lV (1947) .Dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Cora Si Manja Kini Oleh Sultan Idris Shah (Sultan Perak).

PENGASAS : Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia(PSSGM)

REKOD PERLAWANAN : 1950     – Juara Gusti dunia dari 
Eropah,KING-KONG (nama samaran) 1970     – Donn F. Draeger(Pakar seni bela diri Jepun) 1980’an – Ricky ‘the Dragon’ Steamboat(ahli gusti) Jan de Jong(selepas itumenjadi ahli silat gayung)

FAKTA MENARIK : Pada tahun 70’an,hampir 2/3 ahli Kabinet Malaysia adalah ahli persatuan seni silat gayung malaysia.

Perlawanan antara Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. 

Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Kejuaraan Silat Sedunia 1987 di Kuala Lumpur (Dato’Meor Abdul Rahman Memakai Kot Biru)



Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. 

Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. 

Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. 

Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. 

Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. 

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)




Monday 12 October 2015

Kisah Viral: Persahabatan Sehingga Hujung Nyawa "You’re So Nice But Allah Loves You More"

Sejak beberapa hari yang lalu kisah menyayat hati luahan seorang gadis tentang kehilangan rakan baiknya ini mulai viral di laman Twitter dan mendapat lebih 6 ribu retweet.
Pada awalnya kami menyangka ianya hanya kisah biasa namun setelah diteliti dan dibaca, terbit rasa sebak. Hidup cuma sementara jadi hargailah mereka yang disekeliling kita, andai sudah tiada nanti tiada apa yang mampu dilakukan lagi.
Yang tinggal hanyalah memori seperti diceritakan gadis ini.

 “He was so funny”

4 years ago, i met a boy. masatu sesi kenal dlm kelas, dia dgn riuh & kuatnya perkenalkan nama dia dlm kelas 1 Cemerlang, “nama saya Ali KMZ”
 

and i be like, apa tu kmz? rupanya nama ayah dia disingkatkan kpd kmz. he was so funny, which without him class will be so sunyi tkda lawak and tkda org nk sakat aku. dia gelak wei sumpah terhibur tau dgr gelak dia.
 

he asked me dulu ” kenapa org panggil kau Nad? tu kan kacang kau bulat org kena panggil kau Donut”

“Its hard to know that im not gonna hear yr laugh anymore”


prnh segaja jatuhkan aku drpd kerusi dkt kelas, lps dah hbis gelak baru dia tnya “nak aku tlg bgnkan tk? kau ok?” he helped me a lot, i anggap him as my bestfriend and even prnh tercrush dgn dia. tht was my very first time suka sgt sgt dkt someone ????
the last time we talked was during Graduation day, ambil gmbr dgn dia and as usual lah my question, “aku nmpk kurus tk dlm gmbr tu. “kau? kurus? ” he answered sambil gelak.
and today…
its hard to knw tht im not gonna attend yr wedding,
not gonna see yr convo photo on fb,
not gonna hear yr laugh anymore,
not gonna see yr smile with yr kening lebat tu,
not gonna see you jd businessman who wants to help yr parents.. hm
“You’re so nice but Allah loves you more”

the reality, im here for yr pengebumian, i swear this is the hardest part in my life, tgok semua ni my heart break into million pieces bila tahu you’re not here anymore, dah pergi.. i will always remember this. tk prnh sangka this can happen, you’re so nice but Allah loves you more its hard, tgok keluarga yg kehilangan anak bongsu yg sgt baik like you, allahu semoga Allah bg kekuatan to them to face all this.

for almost 5 months bertarung nyawa perit coma, keluar masuk for operation and so on, you hv berusaha sebaik mungkin dah, time to rest my dear. all of us gonna miss you we love you a lot ,we will always pray for you. may Allah ease everything for you , forgive yr wrongdoings & tempatkan dikalangan org2 yg beriman Amin.
Al fatihah.

Muhammad Ali Zaki B Kamarolzaman
13 January 1997 – 8 Oct 2015

Difahamkan allahyarham terlibat dalam kemalangan 5 bulan yang lalu di Bulatan Pahang, Kuala Lumpur. Akibat kemalangan, pendarahan yang teruk berlaku di bahagian kepala dan ditempatkan di ICU.

Al-fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber : Nadeera 
 


Sunday 11 October 2015

LU BELUM MAIN ITU 77 WA SUDAH MAIN 36 NURAMIEYRAH


Mendidih peluh melihat gelagat seorang gadis remaja yang melenting ibarat seorang samseng besar apabila dia ditegur oleh beberapa orang kawannya di dalam laman Facebook.

Puncanya dipercayai apabila kawannya bertindak menegur cara penulisannya yang bercampur Inggeris dan Melayu yang kemudiannya menjadi sebuah perbalahan.



Mungkin sudah kehabisan hujah, gadis ini bertindak mengamuk dan melontorkan komen-komen seperti seorang ‘kak long’.



Tindakan gadis ini membalas komen dengan ayat-ayat seorang samseng seperti apa game lu sudah bikin mana kapal lu sudah tumpang,mana pintu lu sudah masuk, mana pintu lu sudah keluar, mana simpang lu datang, mana jalan lu sudah ikut,tarak guna lu banyak sembang, lu belum main itu 77 wa sudah main 36 adalah tidak padan dengan imejnya seorang perempuan bertudung.



Saturday 10 October 2015

3 Tahun Difitnah Lahirkan Anak Hodoh, Wanita Cantik Ini Tampil Kenyataan Bela Diri


Gambar p0trait pasangan yang tampan dan cantik bersama dengan tiga orang anak mereka ini pernah viral di media s0sial....

M0del kelahiran Taiwan, Heidi Yeh,,,, yang mempunyai portf0li0 kerja yang mengagumkan dengan pelbagai jenama serta pernah tampil dalam vide0 muzik berkata, dia kini terpaksa bekerja lebih keras kerana kehidupannya selama 3 tahun ini bagaikan neraka. ...

Dalam sidang akhbar di Taipei,,, Rabu,,, Yeh dengan sedih memberitahu media bahawa sejak gambar potrait itu menjadi viral,,, dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Taiwan dan di luar negara...

Katanya, dia telah diberikan kontrak 0leh sebuah agensi m0del serta agensi iklan J. Walter Thompson (JWT) untuk rakaman gambar bagi sebuah klinik kosmetik. Menurut kontrak tersebut, imejnya akan digunakan dalam media cetak, dakwanya....


Tidak lama selepas itu, sebuah klinik kosmetik yang lain mula menggunakan gambar berkenaan dalam iklan kempen 0nline dan gambar itu serta merta menjadi viral di seluruh dunia....

Kisah palsu kononnya seorang lelaki memfailkan saman terhadap isterinya kerana anak-anak mereka terlalu hodoh diterbitkan oleh akhbar Heil0ngjiang telah menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu. Sejak dari itu, ia menjadi bahan ejekan di media sosial....

Akibatnya, kehidupan normal Yeh bertukar menjadi mimpi ngeri. Yeh juga mengatakan dia yang sebelum ini berpotensi meraih pendapatan sebanyak 4 juta NTD dalam bidang itu kini terpaksa melupakannya kerana agensi bakat mula memulaunya. Yang lebih menyakitkan, dia dituduh menipu untuk berkahwin serta didakwa telah melakukan pembedahan plastik....

Yeh kini mahu memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi....

Simple Beauty, klinik kosmetik terbabit tampil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka telah menggunakan pr0sedur yang betul bagi mendapatkan hak untuk gambar tersebut dari JWT. Masalah yang timbul adalah masalah diantara Yeh dan JWT dan mereka tidak terlibat dalam masalah itu...

Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani 0leh Yeh itu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai. ...

Dalam kenyataan itu juga, ,,JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan 0leh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT....


Friday 9 October 2015

Ada "Seseorang" Yang Beri Anak-Anak Ini Makan, Makhluk Apakah Itu?


Gua Musang, 10 Okt: Salah seorang kanak-kanak orang asli yang ditemui masih hidup selepas hilang selama 48 hari berkata hanya mereka berdua sahaja yang masih hidup manakala lima yang lain rakannya sudah meninggal dunia.

Menurut Siti Kasim, peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa, perkara itu diberitahu oleh Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.

Namun, Siti Kasim memberitahu, maklumat tersebut disampaikan kepadanya oleh adik kepada Midah, Henry Angah di Hospital Gua Musang sebelum kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.

"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.

Noreen juga turut mendakwa mereka diberi makan oleh 'seseorang' yang menyebabkan mereka masih hidup sampai kehari ini.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya memetik laporan myMetro.



15 Cara Buat Roommate Anda Jadi Gila

1. Buat-buat terjaga tengah malam & jerit sekuat hati "Tolong! Aku kat mana ni? Kembalikan aku ke tempat asal!". Lepas tu menangis. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.

2. Ambil marker & buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak…dah merebak!”. Jangan lupa buat muka cemas.

3. Beli pokok cactus. Bercakap & tidur dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu & cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat.

4. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

5. Duduk di depan papan chess dua atau tiga jam tanpa buat apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi!".

6. Setiap kali roommate balik, tutup lampu & tidur. Lepas dia keluar, bangun & menjerit dengan kuat “Horee…!”. Bukak lampu semula.




7. Pakai topi kertas. Bila dia masuk bilik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda?” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

8. Bila roommate anda hampir siap mandi, ambil phone dia dan pura-pura tengah telefon. Caci maki & menjerit dengan kuat kat telefon tu. Bila dia dah nampak anda dengan phone dia, cakap "Nah phone kau, tadi mak kau telefon."

9. Tampal risalah "Roommate Hilang" di kawasan kampus. Sertakan sekali gambar roomate anda.

10. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh & confused.

11. Duduk & renung roommate anda selama 2-3 jam. Kalau boleh, bawa kawan-kawan lain sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

12. Masa roommate tiada, ambil deodoran & sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

13. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Buat sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

14. Mase roommate tidur, panggil kawan-kawan dalam 10 orang untuk baca yasin ramai-ramai. Pastikan pakai jubah/baju melayu dan bersongkok putih. Bila dia terjaga, buat-buat tak tahu, teruskan bacaan.

15. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan!

Kredit-Rizal Sadiman.


Untuk ISTERI: Rahsia Kelebihan Tidur Di Celah Ketiak Suami

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.


Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi…pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

Kredit: FacebookRahsiaHawa



Mayat Sami Berusia 100 Tahun Masih Elok Dan Tidak Busuk, Lihat Apa Yang Ada Pada Muka Sami Itu

Ini adalah mayat Dashi-Dorzho Itigilov, seorang rahib Buddha Tibet yang meninggal dunia pada tahun 1927. Itigilov terkenal kerana meninggalkan badan yang kononnya "tidak berbau", yang tidak reput.

Itigilov mewasiatkan ketika dia meninggal bahawa dia mahu dikebumikan betul-betul seperti dia mati, iaitu dengan tunduk teratai. Dan ia juga mewasiatkan bahawa badan itu mesti digali semula selepas beberapa tahun.


Akhirnya pada tahun 2002 badan telah digali semula dan dilaporkan diperiksa oleh profesional perubatan, menyatakan keadaan mayat "tidak lebih daripada 36 jam".

Sehingga hari ini, sami-sami Buddha menunjukkan rasa hormat mereka, dan sesetengah peminat walaupun percaya bahawa Itigilov tidak pernah mati, tetapi kini dalam keadaan hibernasi" keadaan bertapa".





Wednesday 7 October 2015

Tidak Puas Hati Ditegur, Lelaki Ini Ajak Memboikot Magnum Cafe



Pastinya jika anda ke Magnum Cafe, anda pasti mengidam untuk makan variasi aiskrim yang banyak dan sedap dan itulah yang dilakukan oleh satu keluarga sebelum memutuskan ianya untuk kali terakhir.

Mengapa?

Kerana anaknya menangis dan merengek dengan kuat sehingga ia yang mengganggu suasana. Bapa kepada kanak-kanak terbabit seterusnya memuatnaik status "kecewa" dengan layanan kafe terbabit.


Menurut status yang dimuatnaik, lelaki ini mendakwa didatangi oleh staf yang bernama "May" yang meminta untuk menghentikan tangisan anaknya.

"Sebagai seorang pelanggan, saya juga cuba untuk menenteramkan anak saya. Sepanjang saya mengunjungi ke mana-mana tempat makan mahupun di hotel bertaraf 6 bintang, kami tidak penah diperlakukan sebegini," dipetik dari status tersebut.


Amukan status lelaki ini akhinya diakhiri dengan ajakan untuk memboikot premis terbabit.

Magnum Official membri respon kepada status terbabit dengan mengatakan kes ini telah diangkat kepada pihak atasan bagi sisasatan selanjutnya.


Ada yang menyokong tindakan lelaki ini namun tak kurang juga yang mengkritik tindakan lelaki ini yang sepatutnya tidak memuatnaik gambar pekerja dan seharusnya melaporkan kepada saluran yang betul.

Tonton Ini: Nenek "Belasah" Pasukan Futsal Lelaki Dengan Skill Luar Biasa


Anak Suruh Ibu Melutut Minta Maaf Kerana Tidak Belikan Iphone

Wanita ini merupakan orang kurang upaya, tetapi baginya tiada apa yang mustahil asalkan anaknya ada bersamanya. Dia akan bagi apa sahaja yang anaknya inginkan selagi mampu. Tanpa ibu bapa, kita bukanlah sesiapa dan kita tak akan ada pun di dunia ini. Mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita menjadi siapa kita pada hari ini. Walaupun kita sudah berkahwin mereka masih sedia membantu dan melindungi kita. Apa yang mereka mahukan sebagai ganjaran? Tak ada apa selain disayangi dan dihormati.

Baca Ini: Jadi Lembu Semata-mata Nak Kumpul Duit Ubat Ayahnya


Walau pun ibu bapa menyayangi kita lebih dari apa pun di dunia ini, mereka tidak mampu beri kita segalanya. Wanita ini tidak mampu untuk membelikan anaknya iPhone dan apa yang anaknya lakukan adalah membiarkan ibunya melutut meminta maaf.

Anaknya yang baru berusia 15 tahun ini nampaknya tidak sedikit pun berasa bersalah apabila diperhatikan oleh orang ramai malah terus memarahi dan menengking ibunya. Wanita ini menangis namun anaknya tidak berganjak sedikit pun.

Gadis ini sepatutnya membantu ibunya bangun tetapi dibiarkan ibunya dalam keadaan yang memalukan. Hanya kerana iPhone sanggup memperlakukan ibunya begitu.


Monday 5 October 2015

Jadi Lembu Semata-mata Nak Kumpul Duit Ubat Ayahnya

Ini merupakan kisah pengorbanan dan kesusahan seorang anak yang sanggup lakukan apa sahaja demi mencari wang untuk kos perubatan ayahnya serta perbelanjaan adik-adiknya yang masih bersekolah.

Hao Dongdong, 15 seorang gadis yang sanggup memakai topeng muka lembu dan merayu minta di tunggangi demi mendapatkan wang. Namun, usahanya ini dipandang hina apabila penduduk di Hefei, China mengatakan ianya satu penipuan.

BACA: Nenek "Belasah" Pasukan Futsal Lelaki Dengan Skill Luar Biasa

Dia sudah melakukan kerja ini lebih dari 3 bulan. “Ayah saya memerlukan 5,000 yuan setiap bulan untuk kos perubatan. Adik-adik saya pula perlu ke sekolah. Saya tiada kad pengenalan untuk bekerja jadi saya terpaksa merayu.”

Hao Xinli, 54 lumpuh seluruh badan selepas terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2014. Akibat kecederaan itu, keluarganya kini berhutang berpuluh ribu Yuan. Bertambah malang nasib keluarga ini apabila ibunya meninggalkan mereka dan tidak kembali sejak itu. Jadi tanggungjawab di atas bahunya sekarang sehingga Hao Dongdong terpaksa berhenti sekolah.

Apabila hujan dia tidak boleh keluar bekerja dan hanya tinggal di rumah menjaga ayahnya. Sebelum ini ada seorang ayah yang melakukan hal yang sama untuk mendapatkan wang demi anaknya yang sakit. Cerita tersebut mendapat perhatian seluruh rakyat China. Tapi, apabila Hao Dongdong cuba lakukan cara yang sama dia dikecam.

Sampai satu tahap dia terpaksa membawa ayahnya bersama demi membuktikan yang dia tidak menipu.
“Jika saya boleh bantu mengubati ayah saya dan memberi keluarga makan, saya tak kisah apa orang nak cakap”, ujar Hao Dondong. Ayahnya menambah, “Saya harap orang yang berhati baik akan membantu keluarga kami. Saya mahu anak saya kembali ke sekolah dan belajar.”

Sumber:DailyOnline


Nenek "Belasah" Pasukan Futsal Lelaki Dengan Skill Luar Biasa

Sukan bolasepak dan futsal seringkali didominasi oleh kaum lelaki. Amat jarang bagi kaum wanita untuk menonjolkan kehebatan mereka dalam sukan ini. Percaya tak kalau ada nenek boleh buat skill freestyle kalahkan pasukan lelaki dalam sukan futsal?

Seperti dalam video yang dimuatnaik oleh Maxman.Tv, ianya memperlihatkan dua orang wanita iaitu Raquel Benetti dan Alice Fougeray yang merupakan “football freestyler” ternama dari Brazil dan Perancis. Mereka datang ke sebuah gelanggang futsal di mana ketika itu pasukan lelaki sedang beraksi mempamerkan kehebatan mereka. Yang menariknya rakaman ini dilakukan di sebuah kompleks membeli belah ternama di Malaysia.

Pada mulanya, Raquel yang berpakaian seksi dengan gaun merah bertanya kepada seorang lelaki ini yang dia juga turut ingin menyertai mereka bermain futsal. Tentu sekali para pemain lelaki di situ berasa hairan dengan tindakan Raquel lalu mengejeknya .

“Saya boleh bermain futsal juga,” ujar Raquel kepada salah seorang lelaki di situ.

“Kamu lebih sesuai pergi shopping!” jawab lelaki itu.

Raquel pun tidak mengambil endah ejekan lelaki tersebut dan terus masuk ke gelanggang futsal. Tidak lama selepas itu, giliran Alice yang menyamar sebagai nenek  juga turut ikut bermain dengan mereka. Pemain lelaki pun terpaku dan terkejut selepas dua orang wanita itu mempamerkan skill freestyle mereka yang jauh lebih bagus dari kaum lelaki.

Tonton skill hebat mereka yang berjaya menewaskan serta memalukan pasukan lelaki yang bermain futsal.