Monday, 5 October 2015

Filled Under:

Jadi Lembu Semata-mata Nak Kumpul Duit Ubat Ayahnya

    Ini merupakan kisah pengorbanan dan kesusahan seorang anak yang sanggup lakukan apa sahaja demi mencari wang untuk kos perubatan ayahnya serta perbelanjaan adik-adiknya yang masih bersekolah.

    Hao Dongdong, 15 seorang gadis yang sanggup memakai topeng muka lembu dan merayu minta di tunggangi demi mendapatkan wang. Namun, usahanya ini dipandang hina apabila penduduk di Hefei, China mengatakan ianya satu penipuan.

    BACA: Nenek "Belasah" Pasukan Futsal Lelaki Dengan Skill Luar Biasa

    Dia sudah melakukan kerja ini lebih dari 3 bulan. “Ayah saya memerlukan 5,000 yuan setiap bulan untuk kos perubatan. Adik-adik saya pula perlu ke sekolah. Saya tiada kad pengenalan untuk bekerja jadi saya terpaksa merayu.”

    Hao Xinli, 54 lumpuh seluruh badan selepas terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2014. Akibat kecederaan itu, keluarganya kini berhutang berpuluh ribu Yuan. Bertambah malang nasib keluarga ini apabila ibunya meninggalkan mereka dan tidak kembali sejak itu. Jadi tanggungjawab di atas bahunya sekarang sehingga Hao Dongdong terpaksa berhenti sekolah.

    Apabila hujan dia tidak boleh keluar bekerja dan hanya tinggal di rumah menjaga ayahnya. Sebelum ini ada seorang ayah yang melakukan hal yang sama untuk mendapatkan wang demi anaknya yang sakit. Cerita tersebut mendapat perhatian seluruh rakyat China. Tapi, apabila Hao Dongdong cuba lakukan cara yang sama dia dikecam.

    Sampai satu tahap dia terpaksa membawa ayahnya bersama demi membuktikan yang dia tidak menipu.
    “Jika saya boleh bantu mengubati ayah saya dan memberi keluarga makan, saya tak kisah apa orang nak cakap”, ujar Hao Dondong. Ayahnya menambah, “Saya harap orang yang berhati baik akan membantu keluarga kami. Saya mahu anak saya kembali ke sekolah dan belajar.”

    Sumber:DailyOnline




    0 comments:

    Post a Comment