Saturday 14 November 2015

Fungsi Butang Windows Pada Papan Kekunci


FUNGSI BUTANG WINDOWS  

1. Kalau kamu mahu meninggalkan mejamu sebentar, kamu boleh menekan butang Windows dan tahan kemudian tekan L, dengan begini skrin kamu akan terkunci dengan sendirinya, tidak perlu risau kalau ada yang menyalahgunakan komputermu.

2. Ketika mahu cari dokumen, orang biasa akan membuka "my computer". Bagi professional, dia akan menekan butang windows+E, dan kamu akan langsung masuk ke PC Manager.

3. Bos kamu datang ketika kamu main game! Bagaimana? Jangan gegabah! Langsung tekan windows+D, kamu akan langsung masuk ke dekstopmu!

4. Trik – trik yang mewah, tekan windows +tab, skrin kamu akan terganti menjadi 3D

5. Alat perakam di dalam windows. Tekan saja windows+R dan klik psr.exe, setelah itu kamu boleh langsung memulai rakaman

6. Windows +R dan masukan osk, skrin kamu akan muncul keyboard virtual!

7. Gambar / tulisan di skrin terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di skrin, kamu boleh memperbesar atau memperkecil gambar di skrin!

8. Sekarang ini computer kita banyak program, contohnya ID, dan kita akan membuka banyak halaman di browser kita. Dengan ctrl+Tab, kamu boleh menukar halaman di browsermu. Dan tekan ctrl+w, kamu boleh langsung menutup halaman yang sedang dibuka.

9. Ctrl+Esc memunculkan  Start

10. alt+space+c menutup halaman yang sedang dibuka.

Semoga Bermanfaat.





Friday 13 November 2015

Video: Wanita berhijab ditolak ketika tren sedang bergerak

SEORANG wanita muslim yang sedang menunggu ketibaan kereta api di stesen Piccadilly di London telah ditolak tanpa sebab oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi rakaman litar tertutup atau CCTV di lokasi itu, suspek secara tiba-tiba menolak mangsa ke arah kereta api yang sedang bergerak itu dan menyebabkan wanita berkenaan tersungkur di situ.

Mujurlah tiada perkara yang lebih buruk berlaku pada wanita terbabit dan kini lelaki itu telah ditahan pihak polis dan didakwa kerana cubaan untuk membunuh seseorang.

Menurut sumber, Polis Pengangkutan British sangat terkejut dengan insiden tersebut dan kini masih lagi menjalani siasatan untuk mendapatkan maklumat terperinci.


Video tersebut yang dimuat naik di laman Facebook telah menjadi viral dan rata-ratanetizen mengecam dan mendakwa bahawa kejadian itu ada unsur homofobia yang berleluasa di negara itu.

Berdasarkan kadar jenayah Islamofobia di London yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan di sana, jumlah kes berkaitan telah meningkat sebanyak 70% sejak tahun lalu.

Sebelum ini, seorang wanita Muslim di negara itu juga dilaporkan telah dihina oleh seorang wanita berkulit hitam yang mendakwanya sebagai pengganas. – Agensi



Wednesday 11 November 2015

Flava Vape Perisa 'Uncle Maniam' Dikeluarkan Tanda Protes Terhadap KKM

SEBELUM ini, golongan anak muda khususnya pengguna vape telah menggeluarkan video parodi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) yang bertindak melakukan rampasan besar-besaran perisa rokok elektronik vape.

Terbaharu, golongan ini menghasilkan pula perisa baru vape jenama “Uncle Maniam” yang memaparkan wajah mirip Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Gambar yang diambil dari sebuah laman komuniti peminat vape di Facebook itu, sehingga kini giat dikongsikan setelah beberapa jam ia dimuat naik.

Botol cecair perisa berkenaan yang labelnya berwarna hitam, tertera motto “uncle maniam flava, most special produk” (perisa Uncle Maniam, produk berperisa khas) dan “unknown taste” (perisa tidak diketahui).

Kewujudan perisa vape ini dipercayai sebagai tanda geram terhadap tindakan KKM yang bagi para peniaga vape adalah keterlaluan kerana tiada garis panduan atau notis dikeluarkan sebelum rampasan dibuat.

Ini menyebabkan mereka yang baru berjinak-jinak menjalankan perniagaan vape yang mana sebahagian besarnya anak muda, mengalami kerugian besar.



Sunday 8 November 2015

Tak Sanggup Nak tengok Perempuan Ini Bergambar Dengan Buaya.

KERJA paling gila.. seorang gadis sanggup mempertaruhkan nyawanya demi merealisasikan impiannya dengan merakam gambar bawah laut bersama seekor buaya.

Bagaikan tidak gentar dengan binatang reptila itu, keberanian gadis yang dikenali sebagai Roberto Mancino dari Itali ini beraksi bersama buaya nyata mengejutkan ramai.

Mancino merakam gambarnya bersama buaya sekitar bulan Jun di sebuah lagun yang terletak kawasan terumbu karang Banco Chinchorro, Teluk Mexico yang menjadi habitat popular sang buaya.


Difahamkan, Mancino mengambil masa lima hari dengan berlatih berenang selama 10 jam di kawasan itu agar buaya-buaya di situ berasa selesa dengan kemunculannya.

Ternyata, penat lelahnya itu membuahkan hasil apabila jurugambar dapat merakamkan beberapa imej mempersona Mancino ketika mendekati haiwan pemangsa itu.

“Sudah tentu saya tidak mahu semua orang mula berenang dengan buaya selepas ini, namun saya mahu menunjukkan bahawa reptilia itu bukan haiwan yang ganas,” ujar Mancino.

Mari kita saksikan aksi Mancino bersama sang bedal….






Tuesday 3 November 2015

Israel Cadang Nak Pindahkan Kucing Dan Anjing Ke Negara Lain

TEL AVIV – Cadangan seorang menteri kabinet rejim Israel supaya kerajaan Zionis itu segera memindahkan kucing dan anjing yang terbiar di negara Yahudi itu ke sebuah negara lain mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Saranan kontroversi itu dikemukakan sebagai satu alternatif kepada usaha yang dibiayai pemerintah Israel untuk mengimbiri atau mengasi haiwan-haiwan itu yang didapati makin banyak berkeliaran mengganggu masyarakat.

“Gunakanlah bajet tahunan kerajaan kita itu untuk program pemindahan anjing dan/atau kucing terbiar ke sebuah negara asing, yang telah bersetuju untuk menerimanya,” tegas angkuh Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam sepucuk surat yang dihantar kepada rakan sekerja Kabinetnya, dan kemudian didedahkan menerusi sebuah akhbar berbahasa tempatan, Yedioth Ahronoth baru-baru ini.

Cadangan berkenaan, yang menurut jurucakap Ariel bagaimanapun ditolak selepas rundingan awal Kementerian Pertanian Israel, dikecam oleh para aktivis kebajikan haiwan serta anggota politik pembangkang negara tersebut.

“Saya tidak akan mohon pasport asing untuk Pitzkeleh,” kata ahli politik pembangkang dan mantan Menteri Ehwal Luar, Tzipi Livni menerusi laman Twitternya, sambil memuat naik gambarnya dengan kucing peliharaannya itu.


Menurut laporan akhbar itu lagi, Ariel yang turut dikenali sebagai kuat beragama dan merupakan anggota parti berhaluan kanan Jewish Home, berpendapat langkah mengimbirikan haiwan melanggar arahan tuhan mereka.

Malahan undang-undang Yahudi sendiri turut menentang kekejaman haiwan waima dengan apa cara sekali pun berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan yang diluluskan oleh Kneseet atau sidang Parlimen Israel pada 1994 lalu.



Namun ketua pembangkang berhaluan kiri dari parti Meretz, Zahava Galon, menulis menerusi Facebook bahawa cadangan Ariel itu sebenarnya bercanggah dengan akhlak penganut Yahudi yang mengharamkan seksa haiwan.

Beliau secara berseloroh dalam laman sosial itu berkata bahawa sebaliknya: “Sudah tiba masanya menteri tersebut sendiri yang sepatutnya dipindahkan ke sebuah negara lain.” – Agensi


Sunday 1 November 2015

Kenapa Sudu McFlurry Berlubang, Petak Dan Mempunyai Klip?


Jika anda peminat aiskrim McFlurry, mesti anda tertanya-tanya kenapa sudu Mc Flurry ini begitu pelik. Agak lama juga kami fikir kenapa sudu ini berlubang, petak dan mempunyai klip. Ia seolah-olah tidak mempunyai apa-apa fungsi sebenar yang sudu biasa boleh lakukan.

Mungkin bentuk petaknya dan kukuh supaya ia tidak akan patah di dalam aiskrim.


Tetapi jelas tidak, kerana sudu plastik biasa boleh melakukan pekerjaan itu

Atau mungkin ia berlubang boleh dijadikan sebagai penyedut(straw) tetapi tidak boleh juga


Mungkin anda melakukan analisis terperinci  dan datang dengan penjelasan yang logik.

Tapi tetap juga salah. Ini lah fungsi sebenar kenapa sudu McFlurry berlubang, berbentuk petak dan mempunyai klip.